|
Harini saya sekeluarga akan balik ke Sg. Besar Selangor utk beraya. Sebelum balik kemas umah ape yang patut supaya x terkocoh2 nak kemas umah bila dah kembali dari kampung nanti. Tahun ni tak macam tahun lepas balik kampung dengan satu kereta. Tahun ni kena bawak dua kereta sebab adik beradik dah makin besar n badan pon besar2 belaka. So tak muat le nak isi si UNSER tu. So saya bawak si KANCIL. Naik dengan 3 orang adik lelaki saya. Baru "bujang" bawak kereta sendiri. Huhuhu... Bertolak dari Temerloh jam 9.30 pg. Perjalanan kami Alhamdulillah berjalan lancar. Takde tersangkut ngan traffic jam sebab ikut jalan yang tak ramai orang nak guna. Sampai kampung dlm jam 12.30 tgh hari. Leteh betol drive jejauh naik si KANCIL. Manual plak tu. Sampai kampung terus TIDO. ZzZzZzzz.... Bangun tido je tgk 3 org makcik saya dah balik ngan famili memasing. Tahun ni sehari nak raya adik beradik ayah saya majoriti semua dah balik. Besh banget. Meriah umah uwo ku. Umo ku pon seronok je tgk anak2 dah berkumpul. Pengumuman raye "Raya jatuh pada 24/10 bersamaan hari selasa...". Esok puasa lagi sehari. 23/10 Sahur terakhir ni tak makan banyak mana. Takde nak tambah2 nasik. Harini bermulalah projek kitorang yang lelaki ni. Projek yang diberi nama "OPS DAGING". Pisau n parang dah pon ditajamkan so bermulalah aktiviti pemotongan daging lembu utk dibuat rendang. Petang plak ade aktiviti panggang ayam. Ni pon idea pakcik saya. Beli ayam yang dah siap dipanggang kat pasar ramadan dengan panggang sendiri feelnya tak sama. Tgh dok panggang ayam tetiba ujan lebat turun plak. Seb baik panggang bawah pokok pisang. Takde la basah sangat. Pemanggangan tetap diteruskan walaupon ujan. Malam ni berbuka makan ayam panggang je. 24/10 Mcm tahun2 lepas pagi raya saya adalah antara org yang terawal bangun utk mandi. Mane tak nye, balik mandi dua je tapi yang nak mandinye ramai. Kol 5.30 pg saya dah bangun tuk mandi. Takde la ade gangguan time mandi. Kalo lambat mesti banyak tangan yang mengetuk pintu time mandi. Lepas solat subuh dok lepak tgk MHI sementara nak tunggu acara utama yang beremosi. Akhirnya acara yg dinantikan pon tiba. Ayah saya sbg anak yg sulung dia mengetuai acara meminta maaf beramai2. Memang raya kali ni saya emo sket. Tgk org lain menangis time bermaaf-maafan air mata saya sukar utk ditahan lagi. Sampai turn saya memang saya nangis je time mintak maaf. Lagi2 bila sampai turn minta maaf kat ayah n mak. Memang banyak dosa saya kat diorang. Dengan beberapa famili pakcik saya yg banyak berjasa dlm hidup saya ni pon saya tak dapat menahan sebak memohon maaf dengan diorang. Thnx all. Lepas makan terus siap2 ke surau utk solat sunat Aidilfitri. Raya pertama tak gi jalan memane sebab tahun ni BARAAN ditukar pada raya pertama. BARAAN tahun ni diorang dijamu dengan naget ayam. Simple je tapi laris. Lagi le bebudak suka makan naget. ![]() Mak dah tak dapat tahan air mata ![]() Makan time!!! ![]() Sempat lagi pose time masak 25/10 Raya kedua kami konvoi ke Air Kuning, Perak utk beraya. Kat sana adik beradik uwo ramai. Memang setiap dua tahun sekali kami ke sana. Ramai gak le sedara yang diziarahi. Rumah yang takleh miss ialah umah atuk lobah. Sampai umah dia tengah hari, so terus lunch kat sana. Banyak betul dia masak tapi saya tak makan ape pon. Time raye ni tak leh tibai makan je. Kang terkejut plak perut ni. Kol 5.30 ptg baru habis beraya kat sini n terus balik ke Sg. Besar. Makan malam kitorang di Sg. Besar. Menu mlm ni nasi ayam je sebab banyak restoran tak bukak lagi. So yang buka ni pon menu dia satu ni je. Tibai je la. Satu hari tak jumpa nasik. Muahahaha.... ![]() Sampai pon ![]() Antara kenderaan konvoi ke Air Kuning 26/10 Hari ni beraya kat Peket 60. Tak banyak umah sedara kitorang gi. Gi mane yang wajib je. Huhuhu... Tengah hari ni pakcik saya wat family open house. Dia masak memacam juadah. sedap. Petang plak gi ke Pasir Panjang umah makcik emak. Ni memang umah yang wajib saya satu famili gi tetiap tahun. Dia ni yang banyak berjasa ngan mak saya. Dah makin tua dia. Bulu mata pon dah beruban. Mata dia pon dah kabur. Time dia kasi mak saya satu jenis kueh ni dia tak sedar yg kueh tu dah bersemut. Sian dia dah tak nampak sangat. Malam plak sorang lagi pakcik saya wat family open house. Menu dia nasik lemak. Yang saya perasan raya tahun ni menu air sama je mane2 umah pon. Air oren. Huhuhu... 27/10 Hari ni kosong lah umah uwo ku. Semua balik ke rumah mesaning hari ni. Sebelum balik sempat lah kitorang bergambar reramai. Memang raya tahun ni meriah. Besh. Sebelum balik ke Temerloh kitorang singgah beraya rumah sedare kat Shah Alam. Kol 5.30 ptg baru bertolak ke Temerloh. Sampai umah jam 11 mlm. Lepas angkut beg masuk umah, terus naik atas tido. ZzZzzzz... ![]() Bergambar sebelum balik ![]() Bergambar gak |
| firdee October 31, 2006 08:37 PM PST a ah kak...kampung saya kat sungai haji dorani...orang kat sana kenal famili ayah saya...pakcik saya keja buat songkok n nenek saya jual surat khabar...umah nenek saya ni bebetul tepi jalan besar tu...sebelah umah nenek saya ade satu umah besar...umah ustaz... | ||
| kujie October 31, 2006 07:59 PM PST fir..sg besar tu kg mane...sg haji dorani ker...parit 1 ker...sbb saudara suami kak jie ramai gak kt sg besar tu..kt belakang mesjid kt pekan tu pun....kita org pn g jln sg besar kalo ramai..konvoi mcm korang gak..tp tahun ni tk der la..bapa mertua dah uzur, tunggu jer org dtg umah.... | ||
| firdee October 31, 2006 06:50 PM PST same la kak...adik beradik ayah ade 8 orang...semua balik...cucu-cucu nenek dah lebih 40 orang...memang meriah...xde space nak tido...tido ikut suka je...mane ade ruang situ le kita tido...tapi suasana camni setahun sekali je leh dapat...kan...:D | ||
| kujie October 31, 2006 04:18 PM PST fir...sg besar kt mana ? tgok pic tu pn sama macam sambut raya rumah mertua kakjie..meriah....11 adik beradik...huhu..tiap ceruk rumah ade org...time mlm...kt atas tu susun tilam or toto kt 10 berderet˛...anak kite bercampur dgn anak˛ adik beradik yg len..mesra sgt.... | ||
| Leave a Comment: |