|
![]() kredit: Petronas Tiap-tiap kali menjelang sesuatu perayaan kat Malaysia ni, saya mesti menantikan iklan apa yg akan ditayangkan oleh Petronas. Ini kerana, setiap iklan yang dibuat oleh Petronas memang mempunyai suatu kelainan yang tiada pada iklan-iklan lain di tv. Semalam buat pertama kalinya saya menonton iklan petronas untuk hari raya aidilfitri. Sekali lagi saya tersentuh dengan iklan kali ini. Cerita yang ditonjolkan dalam iklan ini saya dah pernah dengar dan sekarang petronas menzahirkannya dalam bentuk iklan. Iklan kali ini memang menyentuh perasaan saya dan apa yang saya harapkan adalah kita sebagai anak haruslah menjaga ibu bapa kita dengan layanan yang baik. Jangan kita lupa jasa mereka yang selama ini banyak berjasa dalam membesarkan kita. |
| Leave a Comment: |