|
Pasangan belanja RM3.5juta langsung perkahwinanKUANTAN 8 Sept. – Seorang jutawan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, seorang penari kebudayaan negeri Pahang di sini malam ini dengan kos keseluruhan dianggarkan hampir RM3.5 juta. Datuk Ir. Roslan Hashim, 49, jutawan pembinaan dari Melaka selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Kuantan, Aisa Osman dengan pasangannya, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan, 24, di Taman Tok Sira pukul 9 malam ini. Mas kahwin mereka bernilai RM22.50 dengan tambahan sebanyak RM22, 222. 22 manakala hantaran wang perkahwinan pasangan berkenaan pula berjumlah RM444,444.44. Utusan Malaysia difahamkan keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran dan ia termasuk sebuah kereta mewah BMW 320i bernilai RM250,000. Barang-barang kemas pula bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000. Pihak keluarga perempuan membalas dengan 25 barang hantaran termasuk seutas jam Rolex bernilai RM84,000, cincin bernilai RM18,000 dan butang baju bernilai RM5,000. Barangan lain pula terdiri daripada songket, set tali pinggang, kamera digital, senaskhah al-Quran, kasut, minyak wangi dan lain- lain. Ir. Roslan merupakan kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort manakala Puteri Shahanaz merupakan model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang. Selain majlis pernikahan malam ini, majlis khatam al-Quran telah diadakan semalam manakala esok pula, majlis persandingan dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini. Para tetamu yang hadir pada malam esok akan turut dihiburkan oleh beberapa artis ternama seperti Shahrifah Shahirah, ND Lala dan Ziana Zain. Puteri Shahanaz yang ditemui media pada sebelah petang memberitahu
perkenalan beliau dengan Ir. Roslan bermula enam bulan lalu melalui
satu perkenalan yang dilakukan oleh datuk saudaranya. |
| Leave a Comment: |