<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed



Layout edited from the Polar template from: BlogDrive
Image from: MorgueFile
Designed by: Uncommon Thoughts


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Sands of Time

Sands of Time

Tuesday, September 05, 2006
Matinya Si Pemburu Buaya

‘Crocodile Hunter’ mati disengat pari


Steve Irwin.

MELBOURNE 4 Sept. – Steve Irwin ‘The Crocodile Hunter’, yang dikenali ramai di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar, meninggal dunia hari ini akibat disengat seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.

Irwin, 44, dipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara Queensland.

Jurucakap perkhidmatan ambulans Queensland berkata, sebuah helikopter melakukan penerbangan kecemasan ke sebuah pulau di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya, walaupun seorang doktor dan anggota paramedik memberi rawatan yang sewajarnya, namun mereka gagal menyelamatkan nyawa penangkap buaya itu.

Irwin disahkan meninggal dunia di pulau berkenaan dan mayatnya diterbangkan ke Cairns.

Profesor Geoff Jones dari Jabatan Biologi Samudera, James Cook University berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ada kemungkinan Irwin meninggal dunia akibat tusukan duri ikan itu.

“Ia umpama ditikam dengan bayonet. Jika ia dibiarkan di situ, mangsa tidak akan mati, tapi jika ia ditarik, disurung dan ditarik berkali-kali, saya rasa mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Irwin terkenal di seluruh dunia kerana minat dan kebolehannya menjinakkan haiwan ganas.

Mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan bertanggungjawab memajukan sebuah taman hidupan liar di Zoo Australia, di utara Brisbane, yang diasaskan ibu bapanya Bob dan Lyn Irwin.

Irwin dan isterinya Terri mempunyai sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3. Nahas itu berlaku ketika Irwin sekeluarga melakukan pengembaraan di Tasmania.

Sumber

Psst...: Dulu pernah gak terdengar khabar angin yg dia ni dah mati dibaham buaya tapi ternyata cerita palsu, tetapi skrg...


Posted at 08:32 am by firdee
Nak komen?  

Monday, September 04, 2006
Cuti-Cuti Kuantan & BenQ

Dah lama rasanya famili saya tak pergi buat aktiviti keluarga. So, sabtu lepas mak ajak ayah gi ke Kuantan utk jalan-jalan sambil cari makan :D. Kitorang bertolak dari Temerloh jam 10 pagi dengan dua kereta. Ayah dengan keretanya n saya dengan kereta kancil saya yg chumil :p. Sampai kat Kuantan jam 12 tgh n kitorang terus ke hotel 10 bintang :p ayah saya (umah sewa ayah). Letih bawak kete so kitorang lepak-lepak sampai kol 3 ptg baru keluar utk makan tgh hari. Ayah bawak ke satu restoran yg dia ckp besh mee supnye. Restoran ni rupanya kat sebelah terminal bas kuantan je. Memang ramai orang. Dah le restoran tak berapa besar tapi pack ngan org. Ramai gak mat motor dok lepak sambil minum kat rstoran ni. Bagi saya yang bukan kipas susah mati mee sup saya mmg tak tertarik langsung dengan kesedapan mee sup ni (walaupun diorang ckp sedap banget). Saya makan nasi campur je. Selesai makan, kitorang terus ke MegaMall. Sampai kat sana kitorang window shopping sambil beli le ape yg patut. Masa lalu kat depan satu kedai gambar ni saya terus terpikat kat satu DigiCam nih.



Murah gak le n yg besh dia touch screen. Dengan kamera ni kita leh edit gambar kita dengan software yg sudah tersedia di dalam kamera nih. Tgk harga RM500++. Bajet dah cukup n saya pon apa lagi, terus je beli (sbb ni adalah salah satu benda yg saya nak beli). So, lepas ni bergambar je la keje saya :p. Kitorang keluar dari MegaMall jam 6.30 ptg n terus balik ke rumah n bersiap2 utk keluar MAKAN BESAR mlm nanti. Ayah cakap nak bawak kitorang makan kat satu restoran seafood yg besh. Kol 8 mlm kitorang pon gerak dari rumah n sampai je kat restoran tu tgk ramai gile org. Nampak sangat restoran ni masakannya besh sebab restoran sebelah kosong je (x ramai le). Sampai baru dalam 1 minit ujan lebat pon turun. Kelam kabut cari pot nak elak ujan :p. Nak duduk tak leh sebab meja semua penuh so kena tunggu giliran le (berdiri sampai ade meja kosong). 10 minit kemudian baru le kitorang dapat duduk (leteh nunggu). Banyak betul ayah order makanan sampai senak perut ni. Selesai je ayah minta bil n jumlahnye memang besh :p (boleh tahan gak mahal). Tapi ayah cakap bukan selalu makan besar mcm ni. Habis makan terus balik ke rumah n tdo (perut kenyang n badan leteh so senang le nak lelap). Zzzzz.....

Posted at 08:03 am by firdee
Nak komen?  

Friday, September 01, 2006
Diana Naim



Baru sekejap tadi saya habis membaca buku "Catatan Duka Diana Naim". Setelah membaca buku ini dapat saya lihat keikhlasan seorang gadis kampung yang benar-benar mencintai tunangannya yang dahulunya juga seorang pemuda kampung yang tidak mempunyai apa-apa melainkan cinta sejati. Sekarang jelaslah bagi saya, kenapa Diana Naim ini begitu tersentuh emosinya sepanjang berlangsungnya rancangan Mawi...Ina Isnin lalu. Ini kerana rasa sayangnya kepada bekas tunangannya itu masih kuat dan dia masih berharap kerana itu adalah cinta pertamanya. Seperti kita sedia maklum, cinta pertama memang sukar utk dilupakan. Di dalam buku ini dapat saya rasakan penderitaan yang dialami oleh Diana Naim sepanjang dia bergelar tunangan Asmawi Ani (setelah Mawi bergelar bintang terkenal Malaysia). Memang tidak patut lah ada pihak yang menghina dan mengherdik Diana Naim ini di khalayak ramai hanya semata-mata tidak mahu orang lain mengenali yg Diana Naim ini adalah tunangan Asmawi Ani yang sah (kononya takut populariti Mawi jatuh...Ape kes ni?). Apa yang boleh saya katakan disini adalah, buku ini eloklah di baca oleh kita sebagai pengajaran untuk diri kita sendiri dalam melalui kehidupan kita yg mendatang.

Posted at 10:59 am by firdee
Dah ada 5 komen  

Thursday, August 31, 2006
Misi Menjejak S & F

Sempena cuti merdeka ni datang lak mood nak menulis ttg perjalanan saya menjejak S & F pada 260806 yang lepas. S & F yg saya maksudkan adalah Salima & Farah. Salima memang saya nak jumpa F2F kerana dlm FC saya je ajk yang tak pernah bersua muka ngan Salima. Farah plak dah 2 tahun saya tunggu peluang utk bersua muka dengan dia sebab tiap kali FFC buat event saya tak pernah dapat nak datang. So, Showcase AE06 ni la peluang saya nak berjumpa ngan diorang ni.

Kol 9 pagi saya dah start bertolak dari umah sebab kat radio acara start kol 11 pg. Saya pon tatau bila Salima n Farah akan wat persembahan so saya ambil jalan selamat utk pergi awal ke Kuantan. Sampai kat Kuantan Parade jam 11.30 pg dan terus cari parking. Time ni parking banyak so sekejap je dah leh masuk ke KP. Sampai je kat depan pintu KP terpampang jadual showcase. Puas bari mane la nama Salima n Farah ni. Akhirnya jumpa gak nama diorang ni tapi utk persembahan akhir kol 4 ptg. Looo... Lama lagi gue harus nunggu mereka ini. So, terus bawak adik2 saya gi makan tgh hari dulu.

Kol 2.30 ptg saya mai balik ke KP tapi kali ni parking penuh gelos. Puas gak le tawaf parking lot tu nak cari tempat kosong. 5 minit lepas tu dapat le parking tapi kecik je space nak letak kete. Seb baik le saya bawak kete kancil je. Muat2 je. Nak keluar kete kena kempiskan perut yg boroi ni :p. Masuk je dlm KP orang dah penuh kat depan stage. Time tu si Nana ke? ngan si Zizi tgh berceloteh. Sebelum kol 4 ramai la gak artis yg datang membuat persembahan.

Akhirnya masa yg ditunggu2 tiba. Salima buat persembahan dengan membawa lagu Nirmala. Besh banget!!! Nak ke depan tangkap gambar takleh sebab depan dah sesak. So kena la ambil gambar dari belakang. Seb baik le kamera saya leh zoom n kualiti gambar ok kalo zoom. Dapat le amik bebepapa gambar. Farah lak wat persembahan takingat giliran ke berapa tapi dia memang chumil sangat. Dah le bawak lagu Menari Bersamaku. Lagi le terserlah kechumilan dia. Lepas je Farah abes nyanyi saya terus lepak kat lorong masuk nak ambil autograf. Ye la, nak jadi org pertama jumpa Salima n Farah :D. Akhirnya tercapai gak hasrat nak jumpa n menatap dua wajah kesayangan hamba ni dari dekat. Memula jumpa Farah, terus saya kasi dia kad ahli FFC saya n suruh dia sain kat blakang kad. Sempat gak le sembang kejap n snap beberapa gambar dia masa dia tgh sain tu.


Chumil kan dia nih...:D



Akhirnya... Kad ku sudah di sain oleh Farah :D


Lepas abes ngan Farah saya gi ke Salima plak. Dia ni memang cun :p. Masa Salima tgh sain autograf sempat gak le borak n sampaikan salam bebudak SFC kat dia. Tapi tu pon saya kena ulang beberapa kali sbb suasana time tu bising banget. Sampai Salima susah nak dengar ape yg saya ckp. Lepas dah mintak sain salima org Astro suruh saya berdiri blakang Salima utk ambil gambar berdua. Hasilnye HAMPEH!!! dah le guna kamera polaroid pastu flash tak terang n gambar tu menghampakan saya. Muka salima nampak terang sangat n muka saya legam. Rugi je top up RM10 semata utk dapat bergambar ngan Salima. Tapi tak pe la, semua dah lepas n gambar tu akan saya simpan gak sampai bebila.


Posing ayu :D

Lepas je abes acara petang tu tunggu kat tempat pasking bas artis nak tgk Salima n Farah sebelum balik ke Temerloh. Bila diorang dah naik bas saya pon terus ke kete n balik. Hope ini bukanlah perjumpaan yang terakhir ngan diorang berdua nih :D.

MISI BERJAYA!!!

Psstt...: Tak pasal2 saya kena beli nombor DiGi. Tapi takpe la, S & F punya pasal :D

Posted at 07:17 pm by firdee
Nak komen?  

Monday, August 21, 2006
My WorkPlace

Hari ni tinggal lah 5 hari lagi saya praktikal. Sekejap je 3 bulan berlalu. Tak terasa perjalanan masa yang begitu pantas. Utk entry kali ni, saya nak kongsi ngan membe2 yang masuk sini bagaimana rupanya tempat saya kerja selama lenih kurang 3 bulan yang lepas ni.










Posted at 08:53 pm by firdee
Dah ada 1 komen  

Friday, August 18, 2006
Ibu ke Mekah doa Lina Joy kembali ke pangkuan Islam

Petikan Utusan Malaysia 180806
Oleh Sadatul Mahiran Rosli


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali semula ke pangkuan Islam.

“Ini adalah amanat dan harapan mak sebelum mak bertolak menunaikan umrah.

“Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat,’’ rayu ibu itu yang mahu dikenali sebagai Mak Som kepada Azlina dalam satu pertemuan dengan pemberita di sini hari ini.

Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya Alin dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Menurut Mak Som, keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.

“Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.

“Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,’’ katanya dengan nada sedih.

Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.

Hadir sama dalam pertemuan yang diaturkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam dan Mothers in Iman itu ialah dua adik-beradik Azlina dan jirannya.

Tambah Mak Som, Azlina merupakan anak ketiga daripada enam beradik telah cukup diberi pendidikan agama sejak kecil.

“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.

“Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,’’ jelasnya.

Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.

“Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,’’ katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidakpernah diduga keluarganya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.

“Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,’’ katanya.

Beliau sebagai wakil keluarga berharap rayuan ibu dan keluarganya mendapat perhatian Azlina.


Posted at 10:15 am by firdee
Nak komen?  

Thursday, August 17, 2006
Al-Quran ubah keluarga Yousef al-Khattab

Petikan Utusan Malaysia 170806
Susunan SITI AINIZA KAMSARI



WALAUPUN berbangsa Yahudi, ia bukan penghalang kepada keluarga Yousef untuk menerima kebenaran dan memeluk Islam.

SAAT ini tidak tergambar betapa bencinya perasaan terhadap golongan yang bernama Yahudi. Apatah lagi yang menghuni di sebuah negara haram, Israel!

Ini kerana mereka mempunyai satu gerakan yang cukup zalim dan kejam tanpa mempunyai nilai-nilai ketamadunan manusia kecuali bernafsukan binatang. Rejim Israel menjadikan manusia yang lain umpama binatang buruan yang kemudiannya dibunuh dengan kejam. Tanpa ada sebarang peraturan dan undang-undang yang membataskan kecuali berpaksi kepada undang-undang rimba!

Walaupun mendakwa mereka mempunyai agama yang suci sebagai pegangan hidup. Istilah seperti Yahudi mabuk misalnya, merujuk kepada mereka yang hidup tiada pedoman dan sebagainya menggambarkan lagi betapa buruknya bangsa ini di pandangan masyarakat antarabangsa.

Namun masih ada Yahudi yang waras akalnya. Malah sanggup meninggalkan segala macam doktrin dan dogma Yahudi dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dan memeluk agama itu tanpa sebarang halangan dan prejudis. Antaranya, Yousef al-Khattab yang seisi keluarga memeluk Islam dengan seikhlas hati sekali gus membuktikan Islam agama sejagat.

“Saya dilahirkan dalam keluarga Yahudi tetapi lebih bersifat sekular, iaitu kami tidak begitu taksub terhadap ajaran Taurat dalam setiap aspek kehidupan.

“Bagi kami, ruang lingkup agama adalah ibadat dan bukan untuk dijadikan cara hidup” katanya.

Ketika usianya mencecah 18 tahun, Yousef ingin melihat lebih jauh ke dalam agamanya sendiri, terutama dalam mempercayai kewujudan tuhan. Lantas memilih pengajian Rabbinical Orthodox Judaism ketika belajar di sekolah Yahudi.

Pada 1988, Yousef kemudiannya menyambung pengajian peringkat tinggi, iaitu yang dikenali sebagai Yeshiva dan memulakan perjalanan hidupnya dengan mengikuti secara kultus atau mengamalkan ajaran yang selama ini dipelajari secara teori.

Pada 1991, Yousef mengahwini seorang wanita berketurunan Yahudi, bernama Luna Mellul yang kemudiannya dikenali Qamar al-Khattab setelah memeluk Islam.

“Isteri saya berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai Tetouan di Maghribi dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah Yahudi untuk kanak-kanak perempuan, Sampson Raphael Bet Yaakov atau Bais Yakov setelah berpindah ke Manhattan Amerika Syarikat,” kata Yousef.

Mereka dikurniakan Rachamin Cohen (kini dikenali sebagai Abdel Rahman) setahun kemudian. Perkahwinan yang dibina pada masa itu, penuh bahagia tanpa sebarang konflik.

Selepas kelahiran Rachamin, pasangan Yahudi ini kemudiannya menetap di sebuah komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn Amerika Syarikat.

Ketika menetap di situ, Yousef mula mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ajaran Yahudi tidak menjadi satu amalan agama yang baik malah penuh dengan pembohongan dan penipuan.

“Mereka menggunakan institusi seperti kuil Yahudi, synagogue dan institusi kewangan Yahudi, Bank Yeshiva untuk menggelapkan wang-wang sumbangan sehingga menjadikan kehidupan masyarakat Yahudi di situ agak teruk dan pengotor.

“Ini menyebabkan saya berasa tidak lagi sesuai menetap dengan komuniti di situ. Apa lagi untuk membesarkan anak-anak” katanya.

Sehingga 1998, pasangan ini dikurniakan tiga anak lagi iaitu Hesibeh, Abdul Aziz (dahulunya Ezra) dan Abdullah (dahulunya Ovadia).

“Sehingga ke saat itu saya masih mempercayai bahawa agama Yahudi merupakan satu ajaran yang benar” katanya.

Begitupun kata Yousef, beliau sebenarnya masih tidak begitu memahami ajaran sebenar agama itu kerana untuk memahami Judaisme ia terpaksa melalui tiga cara atau peringkat termasuk ‘peringkat yang tersembunyi’.

Peringkat-peringkat itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada teka-teki yang mengelirukan bagi mereka yang mengamalkan atau kultus Rabbinical.

“Anda tidak akan dapat belajar sehingga habis teks-teks Rabbinic kerana ada kalanya anda hanya perlu tunduk dan patuh kepada ketua agama yang dikenali sebagai rabbi (atau Elders of Zion) yang menentukan tahap-tahap tertentu untuk seseorang itu mempelajari agama Yahudi.

“Mereka inilah yang menterjemahkan agama Yahudi untuk anda dengan cara mereka yang tersendiri” kata Yousef.

Tetapi apabila rabbi dapat mengesan Yousef mula mempertikaikan ajaran Yahudi menyebabkan dirinya sentiasa diperhatikan.

“Rabbi hendak tahu ke mana kita hendak pergi dan dengan siapa kita berkawan, sehingga begitu sekali mereka mengawal penganut-penganutnya.

“Tidak cukup setakat itu, malah atas nasihat Rabbi, mereka meminta kami sekeluarga supaya berpindah untuk menetap di Palestin dan menjadi sebahagian penduduk dalam kerajaan Israel,” katanya.

Ini kononnya agar pegangan Yousef terhadap ajaran Yahudi semakin kukuh kerana hidup dalam lingkungan agama dan penganut yang lebih kuat pegangan mereka terhadap agama Yahudi.

Pada September 1998, mereka sekeluarga menuju ke Tebing Barat Gaza dan menetap di sebuah penempatan Yahudi iaitu Gush Qatif di situ.

Walaupun diberi pelbagai kemudahan ketika di situ tetapi peristiwa anaknya, Rachamin) ditipu oleh gurunya menyebabkan Yousef semakin tidak mempercayai agamanya sendiri.

Rachamin ketika itu pulang dari sekolah dan sambil termengah-mengah kerana berlari beliau memberitahu bahawa guru yang mengajarnya di sekolah tidak menutup rambutnya dengan betul malah berpakaian menjolok mata.

“Anak saya dan para pelajar yang lain tidak diajar mengenai Taurat kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan dengan hanya bermain dan menyanyi” kata Yousef.

Peristiwa itu menyebabkan Yousef tekad berpindah walaupun ketika itu beliau sendiri berada dalam kesempitan wang dan harta.

Malah menurut Qamar, beliau tidak menyenangi keadaan dan corak kehidupan pendatang Yahudi di situ.

“Barulah saya mengenali siapa sebenarnya Yahudi. Antara lain sejak kecil anak-anak Yahudi yang hampir satu juta ramainya itu diajar supaya membenci dan menghina bangsa lain yang dianggap tidak layak mendiami bumi ini kecuali bangsa Yahudi.

“Ini merupakan sifat pentingkan diri sendiri yang paling teruk pernah saya jumpa. Walaupun kami Yahudi, kami menentang sikap-sikap bongkak seperti itu,” kata Qamar.

Yousef kemudiannya memilih menetap di Netivot, iaitu sebuah penempatan yang telah dirampas hak miliknya daripada rakyat Palestin pada 1948. Sebuah pertubuhan parti politik yang bercirikan agama, Shas kemudiannya membantu Yousef memulakan kehidupan.

Mereka diberi sebuah rumah dan anak-anak Yousef dihantar ke sebuah sekolah persendirian sehingga anaknya berjaya menguasai bahasa Hebrew.

“Tetapi ketika menetap di situ saya berkenalan dengan seorang Arab Islam yang berasal dari Arab Saudi dan selama dua tahun perkenalan itu, kami sering menghabiskan masa bertukar-tukar pandangan mengenai agama masing-masing.

“Beliau sering bertanyakan kepada saya mengenai soal akidah dalam agama Yahudi untuk beliau bandingkan dengan tauhid uluhiah sebagai sebahagian daripada kepercayaan kepada monotheism dalam Islam” katanya.

Oleh kerana Yousef tidak mampu menjawab dengan baik mengenai pertanyaan kawannya itu, beliau merujuk kepada rabbi-rabbi Yahudi bagi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, tepat, jelas dan logik.

Yousef begitu terperanjat apabila diberi hampir 1,001 jawapan yang berbeza-beza dan mengelirukan.

“Malah Rabbi tidak dapat menunjukkan kepada saya di mana perkataan atau nama tuhan (Yahweh) ada disebut dalam teks ajaran dan kitab Taurat.

“Ini menyebabkan saya semakin keliru terhadap pegangan saya selama ini. Lalu saya menuju ke penempatan Arab Palestin bagi mendapatkan senaskhah al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Buat sekian kalinya, Yousef mengalami kejutan apabila mendapati kitab al-Quran itu mampu memberikan jawapan yang beliau cari selama ini.

“Malah al-Quran bukan sahaja menjelaskan kedudukan dan siapa sebenarnya bangsa Yahudi tetapi Allah masih dengan begitu belas dan mengasihi mengajak orang Yahudi kembali ke ajaran Islam,” kata Yousef yang begitu bersyukur memiliki al-Quran dan tidak sanggup melepaskannya.

Beliau sanggup menghabiskan masa membaca keseluruhan al-Quran yang menyebabkan beliau tidak teragak-agak meninggalkan agama Yahudi.

“Saya memeluk Islam kerana saya tidak mampu menolak sebuah ajaran yang di dalamnya penuh dengan kebenaran dan menjawab pelbagai persoalan terutama soal ketuhanan.

“Malah saya amat gembira kerana dua minggu selepas memeluk Islam, isteri saya pula memeluk Islam setelah beliau juga seperti saya mengkaji dan mendalami serba sedikit mengenai Islam terutama melalui al-Quran. Ini diikuti oleh anak-anak kami kemudiannya,” katanya.

Akui Qamar, beliau terkejut dengan tindakan suaminya memeluk Islam kerana telah menjadi sebahagian dari ajaran agama Yahudi supaya membenci agama lain terutama Islam.

“Tetapi Yousef tidak memaksa saya mengikut jejak langkahnya kerana dalam Islam dibenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita dari golongan ahli kitab.

“Tetapi saya juga ingin mengetahui apa yang Islam lakukan sehinggakan suami saya sanggup memeluk agama itu dengan saya sendiri cuba mengkaji mengenai Islam,” jelas beliau.

Hasilnya, Qamar bangga mengakui kebenaran Islam. Kini Yousef sekeluarga menetap di Maghribi. Mereka gemar mendalami ajaran Islam dan bahasa Arab bagi mewujudkan keluarga Muslim yang sejati.

“Walaupun berdarah Yahudi namun Islam membuatkan bangsa ini tiada bezanya seperti bangsa-bangsa yang lain kecuali iman dan takwa sahajalah yang menentukan kedudukan masing-masing di sisi Allah, tuhan yang satu, tuhan yang wajib disembah,” katanya.


Posted at 10:19 am by firdee
Nak komen?  

Wednesday, August 16, 2006
Manusia... Manusia

Apa yang dapat kita semua lihat pada hari ni manusia dah tak segan silu nak buat keje tak senonoh di khalayak ramai. Benda ni dah jadi macam satu budaya yang org dah tak kesah.

Ape yang saya ckp ni saya pernah tengok dengan 4 biji mata (campur spek) saya ni. Sepasang kekasih yang sesame menaiki motor yang dibawa oleh aweknye. Si pakwek dok blakang n tangan dalam baju panas si awek dan dapat dilihat dengan jelas di dada si awek tangan si pakwek sedang bergerak2 seperti sedang 'menguli' dan 'meramas' tepung nak wat kuih raye. Ahaks :p Si awek layan je dengan senyuman sambil bawak motor. Terlintas gak dlm kepala hotak saya ni ape yg diorang pk time tu. Dah le banyak mate yg melihat. Diorang ingat mungkin tangan dlm baju panas so org tak perasan le.

Satu lagi pengalaman saya ketika kitorang (ngan membe se dorm) sedang menikmati pemandangan matahari petang terbenam di tepi laut. Tetiba ade le satu kete park sebelah kete kitorang. Dlm tu ade 3 manusia. 2 awek satu pakwek. Bila dah stop tu sorang pakwek turun dok kat blakang kete mcm jaga n dua merpati sejoli dok dalam kete. Si awek leh plak pandang ke arah kitorang sambil menjeling dan dengan selambe nye dia turunkan seat dia n si pakwek pon ikut turunkan gak. Lepas tu paham paham aje le. Kita sendiri leh bayangkan ape yg diorang dok layan. Si 'minah jaga' sorang tu dok cover line mane la tau ade pencegah maksiat ke. Memang terkejut gak yang diorang tak takut n segan pon ngan kitorang yg time tu dok ade park kat sebelah. Kitorang lak yg segan n terus blah dari situ.

Hari ni plak insiden awek ngan pakwek atas motor tu berlaku lagi di depan mata saya. Kali ni takde dah cover ngan baju panas. Kali ni mmg jelas nampak. Cuma time tu dah gelap n orang dah takde dok lepak kat luar umah. Ntah le, ape nak jadi tatau le.

Apa yang saya harapkan semoga Allah mengampunkan segala dosa kita n menghindarkan bumi Malaysia ni dari bencana.

Posted at 01:06 am by firdee
Dah ada 2 komen  

Tuesday, August 15, 2006
Fikir Dulu Sebelum Cakap

Rais tidak maafkan Nani
Oleh Nor Akmar Samudin

DIMANAKAH jati diri pelakon muda, Sharifah Amani (Nani), 20, sehingga tergamak mengungkapkan 'I sound stupid, if I speak Malay' (saya nampak bodoh bila bercakap Melayu) di malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) malam Ahad lalu ?

Nani calon dari filem Gubra melontarkan kata-kata itu selepas menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 daripada pelakon veteran, Datuk Rahim Razali dan Rubiah Suparman.

Insiden yang dilihat seperti menjatuhkan maruah bangsa Melayu itu bukan saja disaksikan penonton yang memenuhi ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat berlangsungnya festival itu malam kelmarin malah jutaan penonton di rumah.

FFM19 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan radio Sinar FM.

Kelantangan Amani itu mencetuskan rasa dukacita dan kemarahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA), Datuk Dr Rais Yatim yang hadir sama menyaksikan FFM19.

Ketika ditemui media selepas berakhirnya FFM19, Dr Rais berkata Nani dilihat sebagai 'bintang filem perasan' kerana tergamak merendahkan reputasi bangsa dan bahasa sendiri.

"Jika terlalu gembira sekalipun dengan kemenangan itu, dia tidak sepatutnya berkata begitu sehingga sanggup memperlekehkan bahasa dan bangsa sendiri.

"Saya harap bintang filem seperti ini jangan diajak ke pentas lagi untuk memberi ucapan. Bagaimana filem tempatan akan berjaya dengan adanya bintang filem seperti ini.

"Caranya mencemarkan keadaan. Tentu sekali penonton di seluruh tanah air memberi reaksi sama. Sebelum menerima banyak surat tidak puas hati daripada penonton, lebih baik saya buat pengumuman yang saya sendiri dukacita dengan gelagat bintang filem itu," katanya.

Tambahnya, walau emosi macam manapun sebagai pelakon berpijaklah di bumi nyata dan tidak sepanjang masa melihat bintang di langit.

"Saya rasa apa yang dilakukan bintang filem itu paling dahsyat apa lagi ia berlaku depan khalayak ramai dan seantero tanah air.

"Semoga ibu bapanya mengajarnya berbudi bahasa, belajar bagaimana bercakap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang menghina bangsa dan bahasa sendiri.

"Sungguh mengecewakan apabila bintang filem ini naik pentas melanyak bahasa dan bangsa sendiri. Perkara ini memang saya tidak boleh maafkan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Rais memberi amaran kepada semua pihak yang menganjurkan, kalau masih ada perkara seperti ini, lebih baik jangan diadakan.

"Sebab mahu tak mahu, kerajaan Malaysia terbabit dalam penganjuran FFM19. Orang memandang kerajaan dan KeKKWA. Ini yang ramai tidak faham.

"Oleh itu saya mohon penganjur berbudi bahasa dan kalau tidak boleh bercakap, jangan bercakap.

"Isu ini saya serahkan kepada penganjur FFM19, iaitu PFM (Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia) untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kecuali insiden ini, saya puas hati dengan penganjuran FFM tahun ini kerana susunan program dapat mengisi aspirasi dunia perfileman tempatan," katanya.

Sementara itu, pelakon lain yang hadir sama di FFM19 juga sependapat dengan Dr Rais.

Dramatis terkenal, Arash Mohamad berkata gelagat Nani cukup mengecewakan.

"Sebagai mewakili pelakon senior saya tidak cemburu dengan kejayaannya tetapi saya berang dengan caranya yang tidak menghormati bangsa dan bahasa sendiri.

"Alhamdulillah sehingga kini, rezeki saya sentiasa ada walaupun saya bercakap Melayu. Kita patut berbangga dengan bangsa dan negara kita yang dikenali dengan nama Tanah Melayu," katanya.

"Saya tidak kolot dan masih mengikuti peredaran zaman. Namun dalam kemodenan itu jangan sampai kita terlupa asal usul sehingga sanggup menghina bangsa sendiri.

"Filem adalah suatu unsur hiburan. Barat juga buat filem untuk hiburkan penonton. Sebagai pelakon kita jangan bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan riak dan bongkak," katanya.

Penerbit dan pengarah filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, pula menyatakan yang perbuatan Nani memalukan ibunya.

"Saya menghormati Fatimah (ibu Nani) dan suka cara dia berlakon. Semasa dia menjadi tenaga pengajar AF, dia berjaya mendidik pelajar di akademi itu berbudi bahasa dan tentu dia mendidik anaknya lebih baik daripada itu," katanya.

"Kata-kata Nani amat biadap dan gagal mengawal dirinya. Jangan keterlaluan. Saya sendiri sebagai ibu kepada anak yang kian membesar faham perasaan Fatimah macam mana," katanya.

Pelakon Cina tempatan, Wendy Wong turut kesal dan tidak setuju dengan sikap Nani.

"Saya pernah tinggal dan belajar di Hong Kong tetapi saya fasih berbahasa Melayu dan tidak malu bercakap dalam bahasa itu.

"Sebab itu, walaupun saya bukan orang Melayu tetapi hati saya terguris dengan ungkapan Nani," katanya.

Posted at 10:59 am by firdee
Dah ada 2 komen  

Monday, August 14, 2006
Pantasnya Masa

Sedar tak sedar dah nak bis pon saya praktikal. 3 buln seperti tidak terasa. Minggu depan adalah minggu terakhir saya praktikal kat SajetaSoft ni. Selama saya praktikal kat sini terasa kedai nimcm saya yang punya. Bos melayan pekerja seperti kawan-kwan je. Banyak gak input yang saya dapat pelajari daripada bos. Walaupun kedai ni kecil dan tidak di dalam kawasan yang sibuk di bandar tetapi setiap hari paling kurang mesti ada 1 komputer yang dihantar untuk diservis. Tidak seperti masa praktikal kat bandar dulu, pernah sebulan tu tak ade langsung komputer yang masuk. Pening kepala bos time tu. Lepas dah abis praktikal ni kena peningkan kepala nak siapkan laporan n projek akhir plak. Untuk projekakhir satu ape pon saya tak buat lagi. Dah le bulan 10 dah nak dibentangkan. Tak tau le nak buat tajuk ape untuk pembentangan nanti. Malasnye otak ni nak pk pasal final project tu Tongue


Posted at 05:13 pm by firdee
Nak komen?  

Don't buy Vista Security
Previous Page Next Page