|
 |
Saturday, October 28, 2006
Posted at 11:12 pm by firdee
 More...
Saturday, October 21, 2006
Ramadan Pergi Syawal Kembali
 kredit: Acai
Dah nak habis pon kita umat Islam berpuasa. Tak terasa begitu pantas masa berlalu. Rasa seperti baru semalam start bangun sahur. Seperti gambar kat atas, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Esok saya satu keluarga akan bertolak ke kampung di Kampung Sungai Haji Dorani. Lama dah tak balik jenguk nenek. Last skali jumpa dia masa hantar sepupu yang nak ke Ireland minggu pertama puasa. Hope raye tahun ni semua adik beradik ayah saya dapat le balik sebab susah nak berkumpul satu keluarga bila raye pertama ni. Ye la, memasing kena ikut giliran. Ayah saya untung sebab tak payah nak pening-pening kepala nak pk balik kampung yang mana satu. Sebabnye, mak saya anak yatim piatu. Mak ngan ayah dah takde. Adik beradik dia pon 2 orang je. Akak dia dok KL. So, lepas je raya kat kampung masa on da way nak balik ke Temerloh, kitorang singgah jap beraya kat umah dia.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat semua membe blog yang saya dah kenal atau pun yang baru je jumpa blog saya ni. Semoga raya kita semua tahun ni lebih meriah dari tahun lepas.
Ramadan Pergi Syawal Kembali
Posted at 07:07 am by firdee
 More...
Wednesday, October 18, 2006
kredit: Petronas
Tiap-tiap kali menjelang sesuatu perayaan kat Malaysia ni, saya mesti menantikan iklan apa yg akan ditayangkan oleh Petronas. Ini kerana, setiap iklan yang dibuat oleh Petronas memang mempunyai suatu kelainan yang tiada pada iklan-iklan lain di tv. Semalam buat pertama kalinya saya menonton iklan petronas untuk hari raya aidilfitri. Sekali lagi saya tersentuh dengan iklan kali ini. Cerita yang ditonjolkan dalam iklan ini saya dah pernah dengar dan sekarang petronas menzahirkannya dalam bentuk iklan. Iklan kali ini memang menyentuh perasaan saya dan apa yang saya harapkan adalah kita sebagai anak haruslah menjaga ibu bapa kita dengan layanan yang baik. Jangan kita lupa jasa mereka yang selama ini banyak berjasa dalam membesarkan kita.
Posted at 11:17 pm by firdee
 More...
Friday, October 13, 2006
lirik: Dato' A Samad Said lagu: Ramli Sarip Penyanyi: Ramli Sarip Yang diucap dalam bahasa terindah. jawapan yang bertanya didengar nabi. antara kagum dan khusuk setiap ayatnya. lereng gunung menjadi amat sunyi. suara saja tegas bergema. disampai arah berkias maksud serentak, tapi jelas intinya. tidak sedetikpun Allah menghindar. atau mencemuh nabi disisi segala didoa. dipenuhi segala yang dipinta tulus dan, penuh baraqah. yatim ia tak berlindung, tidakkah tersedia juga bumbung baginya. awal begitu bergantung, kini tidakkah merdeka, bebas hidupnya. >> download lagu ini <<
Posted at 03:38 pm by firdee
 More...
Nampaknye lebih kurang 10 hari je lagi kita berpuasa. Memang tidak terasa masa berlalu dengan cepat sekali. LI pon dah dekat 2 bulan abis n sekarang dok lepak je kat umah sambil menyiapkan bahan2 utk final project. Lepas raye ni nak kena present. Hope xde la aral time present bulan depan. Utk projek akhir tahun ni pihak kolej cerewet sket dalam pemilihan tajuk. Student takleh pilih tajuk yg student2 lepas dah pilih. Kali ni juga kitrang xleh gunakan model contoh dlm pembentangan tetapi kena guna model yg boleh berfungsi paling minima 50%. MAMPOS!!! Habis tajuk2 yg kitorang dah submit kat pensyarah direject oleh pengarah. Kena lah kitorang cari tajuk lain. Last2 saya pilih tajuk pembangunan laman web dengan mengambil contoh website kolej utk dijadikan bahan projek. Seb baik pengarah terima tapi banyak lak songeh dia. Itu dia nak ada, ini dia nak ada jugak. Ye lah, website yg lame dah beku tak diupdate. Tapi takpe la. Nak lulus punye pasal buat je yg terbaik. Skrg ni adea dah ade cuma tak start je lagi. Nak blaja wat flash dulu. Tapi ngan sape nak mintak tolong ajar ek. Hmm...
Psstt...: Ade sape2 yg terer bab flash yg nak tolong :p Tolong ajar guna SWiSH pon ok dah.
Posted at 10:50 am by firdee
 More...
Sunday, September 24, 2006
Selamat berpuasa kepada semua sahabat blog. Semoga puasa kita tahun ni diberkati Allah.
Posted at 07:20 am by firdee
 More...
Thursday, September 21, 2006
Nyanyi Rindu Untuk Ibu <download here> oleh: Ebiet G. Ade Tubuhmu yang terbungkuk, tersandar lemah di kursi kayu tua Jemari kurus terkulai menggenggam pena engkau goreskan sajak Sisa rambutmu perak, tinggal segenggam Terbaca pahit, kerasnya perjalanan Nampaknya ingin kautumpahkan seluruhnya di dalam puisi Dari alis matamu terbentuk garis guratan kokoh jiwa Angin yang deras menghempas tak kau hiraukan batinmu kuat bertahan Meskipun raga semakin rapuh tak pernah risau, selalu tersimpul senyum Sepantasnyalah kujadikan suri teladan, potret perjuangan Oh, oh, oh, ibu, ada yang ingin kutanyakan padamu Hasil panenan kemarau ini sesubur panenan yang kita petik bersama Oh, oh, oh, ibu, apa kabar sawah kita sepetak? Masih bisakah kita tanami? atau terendam ditelan zaman? Setelah cucumu lahir aku lebih faham betapa beratnya membesarkan dan setia melindungi semua anak-anakmu Kita yang s'lalu hidup sederhana kau sanggup mengasuh hingga kami dewasa Dengarkanlah nyanyian yang aku peruntukkan buatmu, ibu Oh, oh, oh, ibu, ada yang ingin kutanyakan padamu Hasil panenan kemarau ini sesubur panen yang kita petik bersama Oh, oh, oh, ibu, apa kabar sawah kita sepetak? Masih bisakah kita tanami? atau terendam ditelan zaman? Titip Rindu Buat Ayah <download here> Oleh: Ebiet G. Ade Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa Benturan dan hempasan terpahat di keningmu Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras Namun kau tetap tabah hm... Meski nafasmu kadang tersengal Memikul beban yang makin sarat Kau tetap bertahan Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari Kini kurus dan terbungkuk hm... Namun semangat tak pernah pudar Meski langkahmu kadang gemetar Kau tetap setia Ayah, dalam hening sepi kurindu untuk menuai padi milik kita Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan Anakmu sekarang banyak menanggung beban Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari Kini kurus dan terbungkuk hm... Namun semangat tak pernah pudar Meski langkahmu kadang gemetar Kau tetap setia Psstt...: Hayatilah setiap bait-bait lirik lagu diatas.
Posted at 12:17 pm by firdee
 More...
Sunday, September 10, 2006
Iman dan kek bdaynye :DKhamis lepas (7/9/06) genap le umur Iman 6 tahun. Sekejap je rasanya dah pon masuk 6 tahun. Tahun depan dah nak sekolah darjah 1. Pantas sungguh masa berlalu. Walaupon nak masuk darjah satu tapi perangai dia masih manja2 lagi. Ye la, anak bongsu le katakan. Pagi hari jadi dia bangun je tidur terus dia ckp kat mak yg dia nak celebrate kat sekolah nak kasi kawan cekelat :D. So, kena la saya gi ke kedai cina yg paling cepat bukan kat sini n borong cekelat n sumi. Nyonya tu pon pelik tgk saya borong manyak ngat cekelat. Dia pon tanye "...lu nak makan semua ka? Nanti kena kencing manis loo". Saya ckp le semua cekelat ni utk budak tadika. Balik umah je terus bungkuskan semua cekelat tu utk diagih2 kan kat membe sekelas Iman. Malam tadi kitorang celebrate bday Iman kat restoran seafood. Iman mintak air tembikai susu gelas beso. Huhuhu... Biar betik budak kecik ni :D. Ni le air tembikai susu si dak Iman :DIngat besh le makanan kat sini sebab ramai gelos yg datang makan. Kitorang mintak le ikan masak 3 rasa n udang goreng tepung. Fav saya udang je. Ikan tak sangat. Sekali sampai udang tu memang le goreng tepung tapi kulit still ade. Hampes tol. Dia tak kopek dulu sebelum salut dengan tepung. Terus bantut selera nak makan udang. So, mlm tadi udang tak laku le. Makan je la masi goreng kampong ngan telor dadar. Time balik saya ckp kat ayah "..restoran ni blacklist". Dia pon angguk paham. Tahun ni xde adiah utk iman sbb abgnye takde duit dah. Duit abis beli digicam :p. Tentang my hamsters plak. Hari jumaat lepas emak n 4 ekor anak hamster saya mati. Sedey tol. Hampes tol ayah hamster tu. Dia pi makan anak2 dia. Baru bape minggu anak dia tu idop dah dimakannye. Memula nak gak asing anak2 dia tu kekandang lain tapi tgk mcm penyayang je mapak dia tu so biar je la anak2 hamster tu ngan mak bapak dia satu kandang. Last2 balik solat jumaat mak bising ckp anak2 hamster 4 ekor dah kena makan n mak hamster tu abes badan dia berdarah2 (gado ngan bapak dia la tu). Sian tgk mak hamster tu. Tercungap2 je. Bape minit lepas tu dia pon mati. So saya kebumikan le mak n anak2nye tu satu kubur. Skrg tinggal le seekor je anak hamster tu. Sian dia, mak dah takde :(Sian dia, baru bape minggu idop dah jadi anak yatim. Tak puas lagi nyusu ngan mak dia dah mak dia plak mati.
Posted at 10:02 am by firdee
 More...
Saturday, September 09, 2006
Pasangan belanja RM3.5juta langsung perkahwinan
KUANTAN 8 Sept. – Seorang jutawan melangsungkan perkahwinan dengan
pasangannya, seorang penari kebudayaan negeri Pahang di sini malam ini
dengan kos keseluruhan dianggarkan hampir RM3.5 juta.
Datuk Ir. Roslan Hashim, 49, jutawan pembinaan dari Melaka selamat
diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Kuantan, Aisa Osman dengan pasangannya,
Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan, 24, di Taman Tok Sira pukul 9 malam ini.
Mas kahwin mereka bernilai RM22.50 dengan tambahan sebanyak RM22,
222. 22 manakala hantaran wang perkahwinan pasangan berkenaan pula
berjumlah RM444,444.44.
Utusan Malaysia difahamkan keluarga pihak lelaki memberikan 23
dulang hantaran dan ia termasuk sebuah kereta mewah BMW 320i bernilai
RM250,000.
Barang-barang kemas pula bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.
Pihak keluarga perempuan membalas dengan 25 barang hantaran termasuk
seutas jam Rolex bernilai RM84,000, cincin bernilai RM18,000 dan butang
baju bernilai RM5,000.
Barangan lain pula terdiri daripada songket, set tali pinggang,
kamera digital, senaskhah al-Quran, kasut, minyak wangi dan lain- lain.
Ir. Roslan merupakan kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka
Beach Resort manakala Puteri Shahanaz merupakan model sambilan dan
penari kebudayaan negeri Pahang.
Selain majlis pernikahan malam ini, majlis khatam al-Quran telah
diadakan semalam manakala esok pula, majlis persandingan dijadual
berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini.
Para tetamu yang hadir pada malam esok akan turut dihiburkan oleh
beberapa artis ternama seperti Shahrifah Shahirah, ND Lala dan Ziana
Zain.
Puteri Shahanaz yang ditemui media pada sebelah petang memberitahu
perkenalan beliau dengan Ir. Roslan bermula enam bulan lalu melalui
satu perkenalan yang dilakukan oleh datuk saudaranya.
Sumber Berita
Psst...: Manusia sekarang berlumba-lumba utk menunjukkan perkahwinan siapa yg paling mahal. Alangkah eloknye kalo duit banyak-banyak ni didermakan utk mereka yang memerlukan.
Posted at 09:01 am by firdee
 More...
Thursday, September 07, 2006
Harini dalam paper utusan muka depan je dah leh nampak muka salima dengan tajuk " Salima AF4 Cedera Kemalangan". Saya tau pasal berita ni pon hari selasa lepas dalam Forum Cari . Tapi time tu saya tak kompem lagi sebab semua tu khabar angin je. Hari ni lepas tersebar berita ni dlm paper baru le leh dipercaya. Nampaknya tak dapat lah Salima join marhaban astro sbb mungkin dia mengambil masa 1-2 minggu juga utk surut bengkak tu. Diharapkan semoga kecederaan yang dialami Salima cepat sembuh.
Posted at 02:59 pm by firdee
 More...
Don't buy Vista Security
|
|
|