<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed



Layout edited from the Polar template from: BlogDrive
Image from: MorgueFile
Designed by: Uncommon Thoughts


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Sands of Time

Sands of Time

Thursday, November 02, 2006
I FEEL DOWN!!!

NAPELA MASALAH NI X ABIS2 LAGI!!!!!!!

Posted at 10:29 pm by firdee
Nak komen?  

Tuesday, October 31, 2006
CERITA RAYA 06

22/10
Harini saya sekeluarga akan balik ke Sg. Besar Selangor utk beraya. Sebelum balik kemas umah ape yang patut supaya x terkocoh2 nak kemas umah bila dah kembali dari kampung nanti. Tahun ni tak macam tahun lepas balik kampung dengan satu kereta. Tahun ni kena bawak dua kereta sebab adik beradik dah makin besar n badan pon besar2 belaka. So tak muat le nak isi si UNSER tu. So saya bawak si KANCIL. Naik dengan 3 orang adik lelaki saya. Baru
"bujang" bawak kereta sendiri. Huhuhu... Bertolak dari Temerloh jam 9.30 pg. Perjalanan kami Alhamdulillah berjalan lancar. Takde tersangkut ngan traffic jam sebab ikut jalan yang tak ramai orang nak guna. Sampai kampung dlm jam 12.30 tgh hari. Leteh betol drive jejauh naik si KANCIL. Manual plak tu. Sampai kampung terus TIDO. ZzZzZzzz.... Bangun tido je tgk 3 org makcik saya dah balik ngan famili memasing. Tahun ni sehari nak raya adik beradik ayah saya majoriti semua dah balik. Besh banget. Meriah umah uwo ku. Umo ku pon seronok je tgk anak2 dah berkumpul. Pengumuman raye "Raya jatuh pada 24/10 bersamaan hari selasa...". Esok puasa lagi sehari.

23/10
Sahur terakhir ni tak makan banyak mana. Takde nak tambah2 nasik. Harini bermulalah projek kitorang yang lelaki ni. Projek yang diberi nama
"OPS DAGING". Pisau n parang dah pon ditajamkan so bermulalah aktiviti pemotongan daging lembu utk dibuat rendang. Petang plak ade aktiviti panggang ayam. Ni pon idea pakcik saya. Beli ayam yang dah siap dipanggang kat pasar ramadan dengan panggang sendiri feelnya tak sama. Tgh dok panggang ayam tetiba ujan lebat turun plak. Seb baik panggang bawah pokok pisang. Takde la basah sangat. Pemanggangan tetap diteruskan walaupon ujan. Malam ni berbuka makan ayam panggang je.


24/10
Mcm tahun2 lepas pagi raya saya adalah antara org yang terawal bangun utk mandi. Mane tak nye, balik mandi dua je tapi yang nak mandinye ramai. Kol 5.30 pg saya dah bangun tuk mandi. Takde la ade gangguan time mandi. Kalo lambat mesti banyak tangan yang mengetuk pintu time mandi. Lepas solat subuh dok lepak tgk MHI sementara nak tunggu acara utama yang beremosi. Akhirnya acara yg dinantikan pon tiba. Ayah saya sbg anak yg sulung dia mengetuai acara meminta maaf beramai2. Memang raya kali ni saya emo sket. Tgk org lain menangis time bermaaf-maafan air mata saya sukar utk ditahan lagi. Sampai turn saya memang saya nangis je time mintak maaf. Lagi2 bila sampai turn minta maaf kat ayah n mak. Memang banyak dosa saya kat diorang. Dengan beberapa famili pakcik saya yg banyak berjasa dlm hidup saya ni pon saya tak dapat menahan sebak memohon maaf dengan diorang. Thnx all. Lepas makan terus siap2 ke surau utk solat sunat Aidilfitri. Raya pertama tak gi jalan memane sebab tahun ni
BARAAN ditukar pada raya pertama. BARAAN tahun ni diorang dijamu dengan naget ayam. Simple je tapi laris. Lagi le bebudak suka makan naget.


Mak dah tak dapat tahan air mata


Makan time!!!


Sempat lagi pose time masak


25/10
Raya kedua kami konvoi ke Air Kuning, Perak utk beraya. Kat sana adik beradik uwo ramai. Memang setiap dua tahun sekali kami ke sana. Ramai gak le sedara yang diziarahi. Rumah yang takleh miss ialah umah atuk lobah. Sampai umah dia tengah hari, so terus lunch kat sana. Banyak betul dia masak tapi saya tak makan ape pon. Time raye ni tak leh tibai makan je. Kang terkejut plak perut ni. Kol 5.30 ptg baru habis beraya kat sini n terus balik ke Sg. Besar. Makan malam kitorang di Sg. Besar. Menu mlm ni nasi ayam je sebab banyak restoran tak bukak lagi. So yang buka ni pon menu dia satu ni je. Tibai je la. Satu hari tak jumpa nasik. Muahahaha....


Sampai pon


Antara kenderaan konvoi ke Air Kuning


26/10
Hari ni beraya kat Peket 60. Tak banyak umah sedara kitorang gi. Gi mane yang wajib je. Huhuhu... Tengah hari ni pakcik saya wat family open house. Dia masak memacam juadah. sedap. Petang plak gi ke Pasir Panjang umah makcik emak. Ni memang umah yang wajib saya satu famili gi tetiap tahun. Dia ni yang banyak berjasa ngan mak saya. Dah makin tua dia. Bulu mata pon dah beruban. Mata dia pon dah kabur. Time dia kasi mak saya satu jenis kueh ni dia tak sedar yg kueh tu dah bersemut. Sian dia dah tak nampak sangat. Malam plak sorang lagi pakcik saya wat family open house. Menu dia nasik lemak. Yang saya perasan raya tahun ni menu air sama je mane2 umah pon. Air oren. Huhuhu...

27/10
Hari ni kosong lah umah uwo ku. Semua balik ke rumah mesaning hari ni. Sebelum balik sempat lah kitorang bergambar reramai. Memang raya tahun ni meriah. Besh. Sebelum balik ke Temerloh kitorang singgah beraya rumah sedare kat Shah Alam. Kol 5.30 ptg baru bertolak ke Temerloh. Sampai umah jam 11 mlm. Lepas angkut beg masuk umah, terus naik atas tido. ZzZzzzz...


Bergambar sebelum balik


Bergambar gak


Posted at 07:58 am by firdee
Dah ada 4 komen  

Sunday, October 29, 2006
Lagu Iklan Raya Petronas 2006

Lagu dan lirik ni telah di minta oleh Kak Jie. Memang lagu ni besh. So seperti yg Kak Jie nak saya dah dapatkan lagu ni. Enjoy ye kak Smile.

TAJUK: AKU INGIN PULANG
NYANYIAN: EBIET G. ADE

Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang

>> Download here <<


Posted at 10:39 am by firdee
Dah ada 2 komen  

Saturday, October 28, 2006
Hari Raya 06


Posted at 11:12 pm by firdee
Nak komen?  

Saturday, October 21, 2006
Ramadan Pergi Syawal Kembali


kredit: Acai

Dah nak habis pon kita umat Islam berpuasa. Tak terasa begitu pantas masa berlalu. Rasa seperti baru semalam start bangun sahur. Seperti gambar kat atas, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Esok saya satu keluarga akan bertolak ke kampung di Kampung Sungai Haji Dorani. Lama dah tak balik jenguk nenek. Last skali jumpa dia masa hantar sepupu yang nak ke Ireland minggu pertama puasa. Hope raye tahun ni semua adik beradik ayah saya dapat le balik sebab susah nak berkumpul satu keluarga bila raye pertama ni. Ye la, memasing kena ikut giliran. Ayah saya untung sebab tak payah nak pening-pening kepala nak pk balik kampung yang mana satu. Sebabnye, mak saya anak yatim piatu. Mak ngan ayah dah takde. Adik beradik dia pon 2 orang je. Akak dia dok KL. So, lepas je raya kat kampung masa on da way nak balik ke Temerloh, kitorang singgah jap beraya kat umah dia.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat semua membe blog yang saya dah kenal atau pun yang baru je jumpa blog saya ni. Semoga raya kita semua tahun ni lebih meriah dari tahun lepas.

Posted at 07:07 am by firdee
Nak komen?  

Wednesday, October 18, 2006
Iklan Petronas


kredit: Petronas

Tiap-tiap kali menjelang sesuatu perayaan kat Malaysia ni, saya mesti menantikan iklan apa yg akan ditayangkan oleh Petronas. Ini kerana, setiap iklan yang dibuat oleh Petronas memang mempunyai suatu kelainan yang tiada pada iklan-iklan lain di tv. Semalam buat pertama kalinya saya menonton iklan petronas untuk hari raya aidilfitri. Sekali lagi saya tersentuh dengan iklan kali ini. Cerita yang ditonjolkan dalam iklan ini saya dah pernah dengar dan sekarang petronas menzahirkannya dalam bentuk iklan. Iklan kali ini memang menyentuh perasaan saya dan apa yang saya harapkan adalah kita sebagai anak haruslah menjaga ibu bapa kita dengan layanan yang baik. Jangan kita lupa jasa mereka yang selama ini banyak berjasa dalam membesarkan kita.


Posted at 11:17 pm by firdee
Nak komen?  

Friday, October 13, 2006
Bahasa Terindah

                                        lirik: Dato' A Samad Said
                                        lagu: Ramli Sarip
                                        Penyanyi: Ramli Sarip

                                        Yang diucap dalam bahasa terindah.
                                        jawapan yang bertanya didengar nabi.
                                        antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.
                                        lereng gunung menjadi amat sunyi.
                                        suara saja tegas bergema.
                                        disampai arah berkias maksud serentak,
                                        tapi jelas intinya.
                                        tidak sedetikpun Allah menghindar.
                                        atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
                                        dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
                                        penuh baraqah.
                                        yatim ia tak berlindung,
                                        tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
                                        awal begitu bergantung,
                                        kini tidakkah merdeka,
                                        bebas hidupnya.

                                        >> download lagu ini <<

Posted at 03:38 pm by firdee
Nak komen?  

Finale Project

Nampaknye lebih kurang 10 hari je lagi kita berpuasa. Memang tidak terasa masa berlalu dengan cepat sekali. LI pon dah dekat 2 bulan abis n sekarang dok lepak je kat umah sambil menyiapkan bahan2 utk final project. Lepas raye ni nak kena present. Hope xde la aral time present bulan depan. Utk projek akhir tahun ni pihak kolej cerewet sket dalam pemilihan tajuk. Student takleh pilih tajuk yg student2 lepas dah pilih. Kali ni juga kitrang xleh gunakan model contoh dlm pembentangan tetapi kena guna model yg boleh berfungsi paling minima 50%. MAMPOS!!! Habis tajuk2 yg kitorang dah submit kat pensyarah direject oleh pengarah. Kena lah kitorang cari tajuk lain. Last2 saya pilih tajuk pembangunan laman web dengan mengambil contoh website kolej utk dijadikan bahan projek. Seb baik pengarah terima tapi banyak lak songeh dia. Itu dia nak ada, ini dia nak ada jugak. Ye lah, website yg lame dah beku tak diupdate. Tapi takpe la. Nak lulus punye pasal buat je yg terbaik. Skrg ni adea dah ade cuma tak start je lagi. Nak blaja wat flash dulu. Tapi ngan sape nak mintak tolong ajar ek. Hmm...

Psstt...: Ade sape2 yg terer bab flash yg nak tolong :p Tolong ajar guna SWiSH pon ok dah. 

Posted at 10:50 am by firdee
Nak komen?  

Sunday, September 24, 2006
Bila Ramadan Kembali



Selamat berpuasa kepada semua sahabat blog. Semoga puasa kita tahun ni diberkati Allah.

Posted at 07:20 am by firdee
Nak komen?  

Thursday, September 21, 2006
Lagu Buat Ayah & Ibu

    Nyanyi Rindu Untuk Ibu <download here>
    oleh: Ebiet G. Ade

    Tubuhmu yang terbungkuk, tersandar lemah
    di kursi kayu tua
    Jemari kurus terkulai menggenggam pena
    engkau goreskan sajak
    Sisa rambutmu perak, tinggal segenggam
    Terbaca pahit, kerasnya perjalanan
    Nampaknya ingin kautumpahkan seluruhnya
    di dalam puisi

    Dari alis matamu terbentuk garis
    guratan kokoh jiwa
    Angin yang deras menghempas tak kau hiraukan
    batinmu kuat bertahan
    Meskipun raga semakin rapuh
    tak pernah risau, selalu tersimpul senyum
    Sepantasnyalah kujadikan suri teladan,
    potret perjuangan

    Oh, oh, oh, ibu,
    ada yang ingin kutanyakan padamu
    Hasil panenan kemarau ini
    sesubur panenan yang kita petik bersama
    Oh, oh, oh, ibu,
    apa kabar sawah kita sepetak?
    Masih bisakah kita tanami?
    atau terendam ditelan zaman?

    Setelah cucumu lahir aku lebih faham
    betapa beratnya
    membesarkan dan setia melindungi
    semua anak-anakmu
    Kita yang s'lalu hidup sederhana
    kau sanggup mengasuh hingga kami dewasa
    Dengarkanlah nyanyian yang aku peruntukkan
    buatmu, ibu

    Oh, oh, oh, ibu,
    ada yang ingin kutanyakan padamu
    Hasil panenan kemarau ini
    sesubur panen yang kita petik bersama
    Oh, oh, oh, ibu,
    apa kabar sawah kita sepetak?
    Masih bisakah kita tanami?
    atau terendam ditelan zaman?


    Titip Rindu Buat Ayah <download here>
    Oleh: Ebiet G. Ade


    Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa
    Benturan dan hempasan terpahat di keningmu
    Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
    Namun kau tetap tabah hm...
    Meski nafasmu kadang tersengal
    Memikul beban yang makin sarat
    Kau tetap bertahan

    Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
    Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
    Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
    Kini kurus dan terbungkuk hm...
    Namun semangat tak pernah pudar
    Meski langkahmu kadang gemetar
    Kau tetap setia

    Ayah, dalam hening sepi kurindu
    untuk menuai padi milik kita
    Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
    Anakmu sekarang banyak menanggung beban

    Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
    Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
    Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
    Kini kurus dan terbungkuk hm...
    Namun semangat tak pernah pudar
    Meski langkahmu kadang gemetar
    Kau tetap setia

Psstt...: Hayatilah setiap bait-bait lirik lagu diatas.

Posted at 12:17 pm by firdee
Nak komen?  

Don't buy Vista Security
Next Page