<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, September 09, 2006
Ragam Manusia

Pasangan belanja RM3.5juta langsung perkahwinan

KUANTAN 8 Sept. – Seorang jutawan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, seorang penari kebudayaan negeri Pahang di sini malam ini dengan kos keseluruhan dianggarkan hampir RM3.5 juta.

Datuk Ir. Roslan Hashim, 49, jutawan pembinaan dari Melaka selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Kuantan, Aisa Osman dengan pasangannya, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan, 24, di Taman Tok Sira pukul 9 malam ini.

Mas kahwin mereka bernilai RM22.50 dengan tambahan sebanyak RM22, 222. 22 manakala hantaran wang perkahwinan pasangan berkenaan pula berjumlah RM444,444.44.

Utusan Malaysia difahamkan keluarga pihak lelaki memberikan 23 dulang hantaran dan ia termasuk sebuah kereta mewah BMW 320i bernilai RM250,000.

Barang-barang kemas pula bernilai RM150,000, cincin berlian RM20,000 dan seutas jam jenama Rolex bernilai hampir RM25,000.

Pihak keluarga perempuan membalas dengan 25 barang hantaran termasuk seutas jam Rolex bernilai RM84,000, cincin bernilai RM18,000 dan butang baju bernilai RM5,000.

Barangan lain pula terdiri daripada songket, set tali pinggang, kamera digital, senaskhah al-Quran, kasut, minyak wangi dan lain- lain.

Ir. Roslan merupakan kontraktor kelas A dan pemilik Merak Melaka Beach Resort manakala Puteri Shahanaz merupakan model sambilan dan penari kebudayaan negeri Pahang.

Selain majlis pernikahan malam ini, majlis khatam al-Quran telah diadakan semalam manakala esok pula, majlis persandingan dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini.

Para tetamu yang hadir pada malam esok akan turut dihiburkan oleh beberapa artis ternama seperti Shahrifah Shahirah, ND Lala dan Ziana Zain.

Puteri Shahanaz yang ditemui media pada sebelah petang memberitahu perkenalan beliau dengan Ir. Roslan bermula enam bulan lalu melalui satu perkenalan yang dilakukan oleh datuk saudaranya.

Sumber Berita

Psst...: Manusia sekarang berlumba-lumba utk menunjukkan perkahwinan siapa yg paling mahal. Alangkah eloknye kalo duit banyak-banyak ni didermakan utk mereka yang memerlukan.


Posted at 09:01 am by firdee

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry